Sabtu, 29 April 2017

Cerpen kahwin paksa "Ikhlas mencintai awak!"

cerpen : Ikhlas mencintai awak! Part 1



"abang..." Zarah memanggil suaminya dengan suara terketar-ketar. Haiķal buat tak endah sahaja.
"ab..bang" Zarah memanggil suaminya sekali lgi. Haikal berpaling menghadap isterinya dengan muka tegang.

"kau nak apa hah?! kau boleh tak jangan ganggu aku" Haikal menaikkan suaranya. Zarah menelan air liur yang terasa kesat kerana terkejut dengan suara suaminya. "Za...." Zarah ingin membuka mulut, namun belum sempat dia bersuara Haikal terlebih dahulu memintas. "berapa kali aku cakap dengan kau jangan panggil aku 'abang' aku bukan abang kau"

Zarah cuma diam untuk seketika sebelum membuka mulut. Walaupun berasa takut tapi dia beranikan juga untuk bersuara. "Za..rah nak minta izin dengan abang. Esok Zarah nak pergi klinik, sejak dua menjak ni Zarah asyik pening saja" terluah juga apa yang ingin di katakan kepada suaminya.

"buat apa kau nak pergi minta izin dengan aku, kalau kau nak pergi kau pergilah tak payah minta izin dengan aku" Haikal memang tak suka dengan isteri yang tak di ikhtirafkan nya ini. "abang kan suami Zarah" perlahan saja suaranya menuturkan ayat itu.

"suami?! hei kau lupa ke atau kau buat-buat lupa? kau tu cuma isteri atas kertas saja.." Memang Haikal tak pernah hargai isterinya sejak kahwin lagi. Mereka kahwin disebabkan permintaan mummy dan daddy Haikal yang ingin bermenantukan Zarah.

Zarah terasa hati dengan kata-kata suaminya itu tapi dia cuba untuk bersabar kerana sejak akad nikah lagi dia sudah berazam untuk mencintai dan sabar dengan kerenah suaminya. "Zarah tau tu bang..tapi bagi Zarah abang tetap suami Zarah.." setelah lama berdiam diri akhirnya Zarah membuka mulut untuk bersuara.

"cakap dengan kau memang menyakitkan hati saja!!" Zarah menundukkan wajahnya menghadap lantai. Haikal berlalu pergi meninggalkan bilik tidur mereka. Kedengaran pintu di hempas kuat oleh Haikal, sebaik saja pintu tertutup Zarah menghamburkan tangisannya ditepi katil.

Sepanjang malam Zarah menangisi akan nasib diri nya. 'Ya Allah kau tabahkan hati ku untuk menghadapi dugaan mu ini, Aminn' doa Zarah dalam sendu. Tak tau pukul berapa, Zarah sudah pun terlelap ditepi katil ditemani air mata.

===========================

Seperti yang dijanjikan, hari ini Zarah pergi ke klinik seorang diri tanpa di temani suaminya. Masih dia teringat percakapan nya dengan Haikal pagi tadi. 

"kau ni hidup memang menyusahkan aku saja kan?! kau pergi lah sendiri!" marah Haikal. "abang...Zarah nak minta abang tolong hantarkan Zarah ke klinik jer..Zarah janji balik nanti Zarah naik teksi ke rumah" pujuk Zarah pagi itu.

Dia tidak terdaya untuk membawa kereta kerana kepalanya agak pening sedikit. "kau ikut teksi jer lah..aku sibuk pagi ni, banyak kerja aku nak buat daripada hadap muka kau jer!!" makin tinggi suara Haikal bila Zarah tetap memaksanya.

Air mata Zarah bergenang di tubir mata, tapi Zarah tidak mau lelaki ini melihat dia menagis. Jadi dia menahan air mata nya dari terjatuh menuruni pipi. "Zarah minta maaf..Zarah tak tau abang sibuk hari ini.." Zarah cuba mengawal air mata nya sebelum menyambung.

 "abang pergi lah kerja, Zarah pergi sendiri" sayu sekali suaranya di pendengaran Haikal. Tapi Haikal langsung tak kesah tentang itu dan dia terus berlalu dari situ.

Sesampai saja di depan klinik, Zarah turun dari teksi dan menuju ke pintu utama klinik tersebut. Selesai mendaftarkan diri, dia di pinta untuk menunggu beberapa minit sehingga nama nya disebut.

 Tengah dia menunggu sebelum nama nya disebut. Fikiran nya melayang tentang kejadian 3 bulan lepas dimana dia dan Haikal disatukan dengan ikatan suci iaitu perkahwinan.

---------------------------------------------------

3 bulan lepas....

"apa kahwin?!" Haikal dengan tidak sengaja menaikkan suaranya didepan mummy nya kerana terkejut dengan permintaan mummy nya. "iya. Mummy nak qhal kahwin dengan pilihan mummy" ujar Puan Sri Hanis kepada anak sulungnya. 

"apa mummy ni? qhal masih muda lh nak kahwin, lagi pun qhal tak kenal dengan pilih mummy tu" bantah Haikal. "apa qhal cakap?! muda?! Haikal Rizkhan kamu tu dah 29 tahun dan boleh jadi bapa budak dah.." marah Puan Sri Hanis. 

"mummy..please qhal tak nak kahwin lgi" rayu Haikal dengan lembut kepada mummy nya. "keputusan mummy muktamad!!" sengaja Puan Sri Hanis menekan perkataan muktamad itu.

 "Haikal ikut je cakap mummy kamu tu" sampuk daddy nya iaitu Tan Sri Razak yang baru habis membaca surat khabar. "tapi daddy..." belum sempat Haikal menghabiskan ayat nya, mummy nya lebih cepat memintas percakapan nya.

"Qhal, kalau qhal sayang mummy..." Puan Sri menarik nafas sedikit sebelum menyambung ayat yang terputus itu "..qhal terima yer. Lagi pun budak tu memang baik pun dan hormat orang tua" sayu sekali suara Puan Sri Hanis seperti mengharap yang haikal akan terima.

Akhirnya Haikal mengangguk kan kepalanya tanda dia setuju dengan permintaan mummy nya. Puan Sri yang melihat anggukkan itu terus tersenyum lebar. Haikal mengeluh kecil sebelum meniggalkan ruang tamu itu .

Tiba hari yang dinanti-nantikan, Zarah sudah pun bersedia memakai baju pengantin berwarna putih dipadankan dengan selendang yang sama warna. Zarah berasa sedikit bahagia meskipun dia belum mengenali siapa bakal suaminya.

"Zarah, jom kita turun. Keluarga pengantin lelaki sudah sampai dekat bawah tu" Datin Salwa memaklumkan kepada anak bungsu perempuan nya itu. "ibu..betul ke apa yang Zarah buat ni?" tanya Zarah ingin kan kepastian.

Datin Salwa menghampiri anak nya sebelum melabuhkan punggung disisi anak nya. "ibu percaya yang Zarah akan bahagia dengan bakal suami Zarah itu" Datin Salwa mengenggam erat tangan anak nya untuk memberi sedikit kekuatan.

"terima kasih ibu kerana ibu selalu ada ketika Zarah inginkan kekuatan" air mata yang ingin menyalir itu terus diseka oleh Datin Salwa. "dah.dah jangan nangis lagi..jom kita turun bawah mereka dah lama tunggu" ucap Datin Salwa menghilangkan rasa sedih anaknya.

Di ruang tamu rumah agam itu sudah di penuhi oleh sanak-saudara pengantin perempuan. Semua mata yang ada di ruangan itu menoleh kepada zarah sebaik Zarah turun ke bawah ditemani oleh ibunya.

Ramai yang memuji kecantikkan dia saat itu. Zarah yang mendengar pujian itu terus tertunduk kerana malu. Berberapa minit lagi akad nikah akan di jalankan.

"saya terima nikahnya Siti Zarah Aisyah binti zakwan dengan mas kahwin sebanyak 1000 ringgit tunai.."

Dengan sekali lafaz saja, Zarah telah pun sah menjadi isteri kepada Haikal Rizkhan. Selesai membaca doa, Haikal berdiri dan menghampiri pengatin perempuan untuk acara pembatalan air sembahyang.

"Zarah, hulur kn tangan kamu tu. Suami kamu nak sarung cincin" beritahu ibu nya. Zarah menghulurkan tangan kepada Haikal sebelum mencium tangan suaminya. Haikal mengangkat sedikit kepala Zarah untuk mengucup dahi sang isteri.

Haikal terpegun takkala terlihat wajah isterinya yang putih mulus serta jelita itu. Entah kenapa hati nya berdebar-debar dengan laju nya. 'apakah aku telah jatuh cinta dengan nya' bisik nya dalam hati. 'ahhh..tak mungkin aku jatuh cinta dengan dia' nafi Haikal.

Selesai saja majlis akad nikah, para tetamu pun sudah beransur pulang ke rumah masing-masing. Zarah pula sudah masuk ke dalam bilik pengantin kerana hendak merehatkan badan yang lelah sepanjang majlis tadi.

Selepas sembahyang isya, Zarah menunggu suaminya untuk masuk ke bilik. Selapas majlis tadi Haikal belum masuk bilik lagi kerana abah ada ajak dia untuk sembahyang isya berjemaah.

Zarah terdengar pintu dikuak dari luar. Dia pasti itu ada suami yang dinikahi nya petang tadi. Zarah memberikan senyuman manis terhadap suaminya ketika Haikal melintas dihadapannya. Dia dapat menangkap wajah tegang suaminya itu.

'kenapa muka dia tegang semacam jer ni? aku ada buat salah ke?' Zarah menyoal dirinya sendiri. "ab..bang kenapa ni?" Zarah memberani kan diri untuk menyoal suaminya. "kau tanya aku kenapa?! kau punya pasal lh mummy aku paksa aku kahwin dengan kau" terhambur jua kemarahan Haikal.

Zarah sudah pun terkedu takkala dimarahi oleh suaminya di hari pertama perkahwinan mereka. "abang.." Zarah kehilangan kata-katanya. "kau jangan panggil aku abang boleh tak?! aku bukan abang kau lh bodoh!" Haikal menujal-nujal kepala Zarah.

"malam ni kau tidur di sofa, aku tidur atas katil kau ni" Haikal memberi arahan kepada Zarah. "tapi Zarah tak biasa tidur dekat sofa.." terketar-ketar suaranya. "kau jangan banyak cakap, boleh tak?! rimas aku!" marah Haikal dengan nada terkawal kerana takut di dengari oleh mertuanya.

Zarah hanya menganggukkan kepala tanda mengerti arahan suami nya. Akhirnya Zarah pun terlena di atas sofa tanpa beralas apa-apa pun. Zarah redha jika ini jalan hidup nya.

Sepanjang mereka hidup bersama, Zarah merasakan yang dia tidak di hargai oleh suaminya. Dia di layan dengan teruk oleh Haikal jika dia tidak melayan keinginan nafsu Haikal..

-------------------------------------------------------

"puan Zarah...." Zarah sedikit tersentak ketika nama nya di panggil oleh nurse wanita itu. Hilang terus khayalannya tentang apa yang berlaku sempanjang perkahwinannya itu.

"maafkan saya..." Zarah meminta maaf kepada nurse wanita tersebut. Nurse tersebut cuma menganggukkan kepala dan memberikan senyum manis kepada Zarah. Zarah juga membalas senyuman itu.

Zarah pun berlalu masuk kedalam ruangan doktor yang memeriksanya itu. " tahniah puan, puan telah disahkan mengandung 2 bulan.." Zarah pada mulanya blur dengan apa yang di sampaikan oleh doktor tersebut. Setelah dia memikirkan kembali apa yang doktor itu cakapkan. Dia terus mengalirkan air mata tanda bersyukur.

"betul ke ni doktor?" tanya Zarah dengan gembira. Doktor tersebut tersenyum lalu menganggukkan kepala nya. "puan boleh ambil ubat puan dekat kaunter depan sana yer" beritahu doktor itu dengan lembut.

Zarah rasa tidak sabar untuk memberitahu suami nya tentang berita gembira ini. Sebelum pulang Zarah sempat singgah dekat secret recepi untuk membeli sebungkus kek bagi menyambut kehadiran cahaya mata nya.

Baru saja di ingin melangkah masuk, Zarah ternampak kelibat seseorang yang sangat dia kenali berpelukkan bersama seorang wanita seksi di depan sebuah restaurant mahal itu.

Zarah rasa air mata nya ingin mengalir. Zarah memeggang dadanya kerana terlalu sakit melihat adengan itu. Zarah tidak jadi untuk membeli kek malah dia pergi membawa diri untuk menenangkan fikirannya.

Haikal yang berada di rumah berasa risau akan isteri nya yang belum pulang dari tadi lagi. Kedengaran bunyi seseorang hendak membuka pintu rumah, segera dia menghampiri pintu tersebut.

Zarah sangat terkejut takkala pintu rumah di buka dari dalam. Tambahan lagi suami nya yang membuka pintu itu dengan wajah yang menyinga. "kau ni dari mana hah?!" naik satu oktaf suaranya memarahi Zarah.

"maafkan Zarah sebab balik lewat.." Zarah menjawab dengan tenang. "aku tak suruh kau minta maaf dekat aku! aku tanya kau dari mana hah?!" marah Haikal lagi. "bukankan selama ini abang tak pernah kesah tentang saya, tapi kenapa sekarang abang kesah?" sindir Zarah kepada suami nya.

"aku suami kau! jadi aku berhak tau kau pergi mana!" Haikal semakin marah. Tak pernah sekali Zarah melawan cakap dia, tapi hari ni lain pula jadi nya. "suami? pembetulan 'suami atas kertas' jer" sindir Zarah lagi.

Haikal terkedu dengan apa yang dia dengar. Dia tak sangka yang Zarah akan berkata begitu. "kenapa diam? terasa ker?" Zarah sengaja membuat Haikal semakin naik angin. "kau jangan nak kurang ajar dengan aku!" Haikal terasa tercabar.

"mulai saat ini, kau jangan jejak kan kaki kau kat rumah aku lagi! sekarang kau pergi kemas barang kau dan berambus dari sini! aku tak nak tengok muka kau lagi" Haikal seperti kena rasuk saja gayanya.

Zarah yang tersedar dari kemarahan terus tersedar apa yang dikatakan nya kepada suaminya. Tanpa sedar air matanya mengalir kerana telah meninggikan suara di hadapan suaminya.

 Dia merasa berdosa kerana melawan kata suami nya. Apa boleh buat benda dah jadi pun. Zarah melangkah perlahan menuju ke bilik tidur mereka.
Zarah keluar dengan membawa satu bagasi besar dan dia berjalan menghampiri suaminya.

"abangg..Zarah minta ampun dekat abang.." terhenti ayat nya kerana sendu "Zarah tak sengaja cakap macam tu dekat abang" Zarah terus merayu. "kau berambus dari sini! aku tak ingin tengok muka kau lagi!" Haikal masih dengan rasa marahnya.

"kalau itu yang abang nak..Zarah akan ikut cakap abang.." Zarah cuba mencapai tangan suaminya tapi Haikal menepis kasar tangan Zarah. Zarah melangkah lemah menuju ke pintu rumah. Haikal terus naik ke atas tanpa menghiraukan isterinya.

Zarah mengusap perutnya yang masih kempis itu sambil bercakap "sayang mama, papa dah halau kita berdua dari hidup papa. Tapi sayang mama jangan risau tau sebab sayang masih ada mama" semakin lebat air mata yang mengalir takkala memikirkan tentang bayi nya ini.

======================================

4 tahun kemudian...

"aina..jangan pergi jauh-jauh tau" jerit seorang wanita kepada seorang budak perempuan berusia 3 tahun lebih itu. "baik mama.." jerit budak kecil itu dengan pelat sekali.

"happy?" tanya seorang lelaki yang sedang berdiri disebalah wanita itu. "of course, di sini adalah negara tumpah dari saya tau" beritahu Zarah dengan senyuman manis. Zarif ketawa kecil mendengar ayat hujung itu.

"so lepas ni awak nak pergi mna?" tanya Zarif lagi. "saya nak pergi cari rumah sewa untuk saya dan aina" beritahu Zarah. "ohh..kalau macam tu jom kita cari rumah sewa, biar cepat sikit" cadang zarif. "betul juga tu, tapi sebelum tu apa kata kita pergi dekat klcc dulu lepas tu saya nak beli buku novel baru" Zarah juga setuju dengan cadangan Zarif.

"aina..jom kita pergi jalan tempat lain nak?" Zarah menyoal kepada anak perempuan nya. "nak..nak.." Zarah ketawa mendengar jawapan anaknya. "okey..jom" mereka bertiga pun menuju ke tempat yang ingin ditujui.

Setibanya di kedai buku, aina merengek nak minta belikan makanan. " mama..aina lapar lh" jawab aina dengan pelat. "sabar sayang ehh..kejap lagi tau" pujuk Zarah. "takpe biar saya jer yang beli kn untuk aina" beritahu zarif.

"tak susah kn awak ke?" tanya Zarah ingin ke pastian. "takpe saya dah anggap aina macam anak saya sendiri dah" Zarah tau Zarif ada perasan terhadap dia tapi dalam hati Zarah hanya ada satu nama saja.

"mama..aina nak pergi jalan-jalan sekitar ni boleh?" tanya aina dengan pelat. "boleh tapi jangan jauh dari mama tau" pesan Zarah kepada anaknya. "okey.." balas aina.

Sedang aina jalan-jalan, dia ternampak kedai mainan tak jauh dari tempat dia berdiri. Aina pun pergi ke tempat itu sampai terlupa pesanan mamanya supaya jangan berjauhan.

Dari kejauhan Haikal ternampak kelibat budak perempuan sedang menangis. Haikal pun menghampiri budak itu. Sesampai di hadapan budak kecil itu Haikal melutut supaya dia sama tinggi dengan budak itu.

"adik kenapa nangis ni?" Haikal terus menyoal budak itu. "aina sesat" jawab budak kecil itu dengan sendu kerana menangis. "aina datang dengan sape?" tanya Haikal lagi. "aina datang dengan mama dan ayah" jawab aina dengan pelat. 

"aina..ikut uncle okey, kita cari mama dengan ayah aina boleh?" Haikal mengangkat kepala budak itu. Haikal terkejut kerana muka budak itu ada iras-iras seperti orang yang di rindui nya saban hari.

"uncle janji nak tolong aina cari mama?" soal aina kepada Haikal. "iye. Uncle janji..okey jom kita cari" Haikal mendukung budak perumpuan itu dan pergi mencari ibu bapa budak ini. 

Zarah meliarkan mata nya di sekeliling untuk mencari anaknya. Dia merasa risau jika apa-apa terjadi dengan anak nya itu. Zarah seperti terlihat kelibat anak nya sedang didukung oleh seorang lelaki. Zarah tidak mengecam wajah lelaki tersebut kerana lelaki itu membelakangi dia.

Zarah terus menerpa kearah mereka. Zarah memanggil nama anaknya. Aina yang mendengar nama nya di panggil terus menoleh kebelakang sebelum menjerit memanggil mama nya. "mama..mama.." jerit aina. Zarah yang melangkah laju kearah mereka terus mati langkah sebaik lelaki itu berpaling kebelakang.

Haikal! Zarah memang tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan suaminya di sini.Memang lelaki itu yang sedang mendukung anaknya. Haikal yang ternampak kelibat isterinya terus terdiam. 

Di dalam hati dia amat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan mereka. Haikal menghampiri Zarah sebelum menyerahkan aina kepada Zarah.

"Zarah..abang minta maaf" Haikal terus meminta maaf kepada Zarah. Zarah hanya diam. Baru saja dia ingin membalas ada seseorang datang menegur mereka. "Zarah kat sini rupanya awak, penat saya cari awak" beritahu zarif.

Zarif baru perasan ada orang lain di depan mereka. "Zarah ni siapa?" tanya Zarif. "ohh...perkenalkan ini Haikal" beritahu Zarah. Zarif menghulurkan tangannya dan disambut baik oleh Haikal.

"okey kami minta diri dulu yer.." beritahu Zarif kerana Zarah keliatan sedikit pucat. Zarif dapat merasakan ada benda yang tidak kena dengan mereka berdua. "ohh..okey lah saya pun nak pergi juga ni" lama Haikal merenung wajah isterinya.



bersambung...


p/s : maaf sekiranya ada yang tidak memahami cerita ini. Ini adalah cerpen pertama saya, saya baru jer belajar menulis cerpen. Harap ada sudi membaca :')




24 ulasan:

  1. Best... X nak sambung ke kisah ni

    BalasPadam
  2. Mana sambungannya .... X sabar nak baca ni...

    BalasPadam
  3. dear, penulis. saye dari riau, siket2 ngertilah maksud cerite ni dan saye terkesan! tak saba saye nak bace part 2 and seterusnye...

    salam hangat dari riau, indonesia

    BalasPadam
  4. Tulisan yg baik, teruskn la n sy ingin ikuti..

    BalasPadam
  5. Cari ending takde.. Kita buat ending sdiri la senang sikit..

    BalasPadam
  6. aku da terbace bole pulak bersambung

    BalasPadam
  7. Sambung lh sis...sy X suka cerita tergantung 😭

    BalasPadam
  8. Dah xde idea ke nak smbung?..

    BalasPadam
  9. Dah xde idea ke nak smbung?..

    BalasPadam
  10. Dah xde idea ke nak smbung?..

    BalasPadam
  11. Cerita tu biarlah d habiskan..x yah la gantung2 cerita..huhu

    BalasPadam
  12. Cerita tu biarlah d habiskan..x yah la gantung2 cerita..huhu

    BalasPadam
  13. best giler lar citer nie tapi maner part 2 nye??

    BalasPadam
  14. Next time x yah buat cerpen klu citer gantung cam ni..

    BalasPadam
  15. haikal tanpa segan silu.. terus memegang tangan Zarah dan memeluknya. Zarif kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari beg sandang beliau dan menembak kepala Haikal. Dy kemudian menembak kepala Zarah dan anaknya kemudian melepaskan tembakan terakhir di kepalanya sambil menyebut "ikhlas mencintai awak". The End.

    BalasPadam
  16. Dik awak ciplak cerpen org ye..akak pernah bacalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bce dkt mne ye, ape tjuk dia booe share tak.. Sye nk bce sbb yg ni tergntung

      Padam
  17. Titanium TV | TITanium Entertainment
    This product is made of titanium steel titanium bohr model and is made of titanium steel with titanium alloy. Rating: titanium quartz crystal 4.3 · ford edge titanium for sale ‎6 reviews · ‎€13.99 · ‎In babyliss pro titanium stock titanium band rings

    BalasPadam